Selasa, 4 Oktober 2011
BERSOLAT, DOA BOLEH ATASI MASALAH TEKANAN
Apabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri
diselubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi
celaru kerana memikirkan masalah yang tidak ber-
penghujung. Bagi meringankan tekanan, ada bebe-
rapa cara patut diketahui;
1. Bersabar Dengan Segala Yang Menimpa.
"Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah ber-
buat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan
perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala
yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian
itu adalah daripada perkara yang dikehendaki me-
lakukannya." surah Luqman: Ayat 17
2. Anggap Masalah Itu Sebagai Satu Ujian.
Yang akan meningkatkan keimanan dan ketabah-
an. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang ber-
maksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa
mereka hanya akan dibiarkan dengan hanya ber-
kata: Kami beriman sedang mereka tidak diuji
(dengan sesuatu cabaran)? Dan kami sesungguh-
nya! Kami telah menguji orang yang terdahulu dari-
pada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah
mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman,
dan nyata pula apa yang diketahui-NYA tentang
orang yang berdusta." Al-Ankabut: Ayat 2-3
3. Setiap Masalah Ada Hikmahnya, Seperti Men-
gugurkan Dosa.
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:"Tidaklah seorang
muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan meng-
gugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon-
pohon yang menggugurkan daun-daunnya." Hadis
Riwayat Al-Bukhari.
4. Kesulitan, masalah dan Kesempitan
Akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri
sebagai hamba, sekaligus menyedarkan diri akan
keagungan dan kekuasaan Allah. "Orang yang apa-
bila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, me-
reka berkata:Sesungguhnya kami kepunyaan Allah
dan kepada-Nyalah kami kembali." Al-Baqarah: 156
5. Adanya Masalah, Kesakitan dan Kesusahan
Membolehkan manusia membezakan diantara kese-
lesaan(nikmat) dan kesengsaraan(bala). Justeru,
ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukur-
an.
6. Ujian Adalah Tanda Allah Mencintai Seseorang Itu
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa dikehendaki
Allah baginya kebaikan, akan diberikan cubaan ke-
padanya." Hadis Riwayat Al-Bukhari.
7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi
lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang
dialami orang lain.
8. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada
masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah di
hadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sen-
diri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka
yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)