Khamis, 4 Julai 2013
Doa & Ayat Untuk Mengelakkan Dari Di Sihir
MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN MEMBACA TIGA
SURAH TERAKHIR ATAU 3 QUL SETIAP HARI.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa
Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq)
sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan
kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika
Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika
Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidz :
Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih
MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT ( IAITU
SURAH AL-BAQARAH AYAT 255)
Dalilnya :
من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )
.
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat,
maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga"
(Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu
antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH
adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn
Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib
lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)
MEMBACA DOA INI DENGAN SETIAP HARI IAITU 3 KALI :
"BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA'ASMIHI SYAI UN
FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI'UL ‘ALIM".
Dalilnya :-
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ", ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )
Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : (Tiada seorang hamba pun
yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang
tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia
mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha
mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu
memudaratkannya) ( Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin,
no 1413, 2/207)
MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-
BAQARAH PADA WAKTU MALAM
من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )
Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan
286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah
pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)
MEMBACA ZIKIR : "LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA
SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI
WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI'IN QODIR "
( SEPULUH KALI )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )
Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut :
" Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya,
bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan
dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala
sesuatu" sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib,
nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan
senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah
pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti
pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya
sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing
dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-
Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi:
Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)
MEMBACA : " A'UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI
MIN SYARRIMA KHALAQ"
أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )
Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang:
(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari
segala kejahatan makhluk), nescaya tiada sesuatu apa akan
memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib
wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )
Langgan:
Catatan (Atom)