Hendaklah kita sentiasa menjaga tujuh sunnah
Nabi setiap hari.Ketujuh- tujuh sunnah Nabi
Muhammad Rasulullah SAW itu adalah:
1. Tahajjud
Hal ini kerana kemuliaan seorang mukmin ter-
letak pada tahajjudnya.
2. Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,
sebaik-baiknya membaca Al-Quran terlebih da-
hulu dengan penuh pemahaman.
3. Jangan tinggalkan masjid
Masjid merupakan pusat keberkatan bukan kerana
muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang
beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4. Jaga solat dhuha
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
5. Jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai orang yang suka bersedekah dan
malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah
pada setiap hari.
6. Jaga wuduk terus menerus
Allah menyayangi hamba yang berwudu’. Kata
Khalifah Ali bin Abu Talib r.a, “Orang yang se-
lalu berwudu’ senantiasa akan merasa solat walau-
pun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh Malaikat
dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia Ya
Allah”.
7. Amalkan istighfar setiap saat
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa
kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti
syukur kita kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan