Selasa, 8 Mac 2011
SOAL JAWAB; Lelaki dan Perempuan Bernikah Diam-Diam
Soalan:
Seorang lelaki dan seorang perem-
puan kedua-duanya telah berkenal
lama bersetuju hendak berkahwin
secara diam-diam.
Sebagai ijab kabul berkatalah le-
laki itu kepada perempuan, "aku
kahwini engkau dan aku terima eng-
kau jadi isteriku yang halal diatas
kitab Allah dan sunat Rasulullah,
Allah juga jadi saksiku.
Jawab perempuan: aku terima engkau
jadi suamiku di atas kitab Allah dan
sunat Rasulullah dan aku halalkan se-
gala isi muharku kepada engkau.
Kedua-duanya bersekedudukan
hingga mendapat beberapa orang
anak, adakah perkahwinan mereka
sah?
Jawab:
Tiap-tiap perkahwinan hendaklah ada
di akad nikahkan oleh wali, sama ada
wali itu wali waris yang boleh jadi wa-
ris. Atau masa ketiadaan wali atau
wali ingkar, maka bolehlah berwali-
kan hakim. Dalam akad itu hendaklah
ada dua orang saksi.
Sekiranya suatu nikah dengan tidak
berwali sedangkan wali itu ada dan ti-
dak berhadapan dua saksi maka nikah
itu sah. Kedua-duanya hendaklah ber-
muafaraqah dan di akad nikahkan de-
ngan sebenar. Anak yang diperolehi
dalam keadaan yang tersebut menurut
Imam Hanafi adalah Shubhah dan sabit
nasibnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan