Dari Ibnu Abbas r.a diriwayatkan bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Barang siapa yang meng-
gembirakan dan menyenangkan hati saudaranya
sesama muslim di dunia Allah Ta'ala menciptakan
dari kegembiraan itu seorang malaikat yang menolak
bencana darinya.
Apabila datang hari kiamat datang seorang teman
bersama orang itu dan ia merasa takut oleh sesuatu
yang mengerikannya, maka teman itu berkata:"Jan-
gan takut."Ketika ditanyakan kepadanya:"siapa eng-
kau?"Teman itu menjawab:"Aku adalah kegembiraan
yang engkau masukkan ke dalam hati saudaramu
orang muslim di dunia."
Diceritakan bahawa Abdullah Ibnul Mubarak
melihat seekor kuda dijual di pasar berharga 40 dirham.
Ia berkata:"Alangkah murahnya?"Ada yang berkata?
"Kuda itu banyak cacatnya."Abdullah berkata:
"Apakah cacatnya?"Orang itu berkata:"kuda itu
tidak bisa berlari dibelakang musuh dan meringik
serta berteriak di tempat yang seharusnya dia tenang.
Abdullah berkata:"Ini adalah mahal."Maka dibiar-
kannya dan dibeli oleh murid Abdullah Ibnu Mubarak,
Ketika perang berkobar pemuda ini bertarung dan
kuda itu bekerja dengan baik.
Abdullah berkata kepada muridnya:"Apakah eng-
kau sudah cuba cacat-celanya?"Ia menjawab:"Ya
ia seperti yang dikatakan oleh penjualnya, namun
ketika aku membelinya aku katakan kepada kedua
telinganya'hai kuda, aku telah meninggalkan dosa
dan bertaubat serta kembali kepada Allah Ta'ala,
maka tinggalkanlah engkau juga cacat-cela yang
ada pada dirimu.
Kemudian kuda itu mengerakkan kepala tiga
kali dan jawab dengan gembira bahawa aku telah
meninggalkan dosa, maka tahulah aku bahawa
cacat cela itu berasal dari pemilik bukan dari kuda
itu. Lantaran firman Allah Ta'ala:'ketahuilah, ba-
hawa Allah mengutuk orang-orang yang berbuat
aniaya.
Apabila Allah mengutuknya maka segala sesuatu
akan mengutuknya, demikian pula kuda akan meng-
utuk pemiliknya apabila ia berbuat aniaya, munafik,
sombong hingga ia turun dari punggungnya. Maka
ketahuilah bahawa haiwan itu gembira dan taat
kepada pemiliknya, dengan kegembiraan itu, demiki-
an pula kegembiraan itu akan membawa pemiliknya
ke syurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan