Soalan:
Buah tasbih yang diperbuat dari tu-
lang binatang umpamanya gading ga-
jah, adakah ia najis dan tidak boleh di-
bawa sembahyang?
Jawab:
Buah tasbih yang dibuat dari tulang
binatang yang haram dimakan daging-
nya seperti baghal dan gajah ia najis
walaupun binatang itu disembelih
untuk mengambil tulangnya. Kerana
sembelih tidak menghalalkan sesuatu
binatang yang tidak boleh dimakan da-
gingnya, apabila dibawa sembahyang
dengan buah tasbih itu, sembahyang-
nya tidak sah.
Begitulah keadaannya dengan paip-
paip yang biasa dihisap oleh orang,
apabila dibuat dari tulang binatang
tersebut atau gading gajah adalah na-
jis, kecuali dibuat dari tulang binatang
yang halal dimakan dagingnya seperti
lembu, kerbau, rusa atau tanduk bina-
tang-binatang itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan