Soal:
Saya mengambil seorang bayi cina
menjadi anak angkat, oleh kerana
ibunya bukan beragama islam dan
supaya anak itu melupakan ibubapa-
nya yang sebenar supaya kasih mesra
kepada saya sebagai anak kandung,
saya letakkan binnya kepada nama
saya, kata kawan-kawan itu tidak
boleh, benarkah begitu?
Jawab:
Mengambil anak angkat samada bayi
cina atau islam tidak boleh diletakkan
bin bapa angkatnya kerana menyalahi
dengan hukum syarak.
1. Memelihara harta pusaka dari men-
jadi tuntutan anak angkat itu yang se-
benar-benarnya tidak berhak atas pu-
saka itu, kalau diberikan pusaka itu
kepadanya bererti ia telah memakan
harta haram sepanjang masa dan men-
zalimi hak-hak orang lain yang benar-
benar berhak menerima pusaka itu.
2. Ia tidak akan berakad nikah dengan
anak-anak perempuan bapa angkatnya
padahal ia harus berkahwin dengan adik
kakak angkat itu. Kalau terjadi bererti
ia telah mengubah hukum halal kepada
haram dan harus kepada syarak kepada
tidak harus.
3. Memelihara nasab keturunan adalah
wajib, membersihkan nasab lebih wajib
lagi, kerana itu dilarang keras didalam
Islam sesiapa yang mencantumkan na-
sabnya atau mengaku keturunan yang
bukan keturunannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan