Khamis, 10 Mac 2011

RUKUN ISLAM

     Ertinya menyembah dan mengabdikan diri ke-
pada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa 
raga kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang 
sempurna.




MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah 
melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah 
pesuruhNya" Dengan syahadatain, kita mengabdi-
kan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan 
lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah 
ALLAH s.w.t. dan NABI MUHAMMAD s.a.w. itu 
adalah pesuruhNya.


SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh 
tubuh badan kita menyembah kepadanNya. Mulai 
dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga 
dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan 
rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi 
Muhammad s.a.w.


MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat kita mengabdikan kepada tuhan den-
gan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita 
kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut 
agama.


BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu 
dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan 
menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi 
segala laranganNya, secara tidak langsung akan 
melahirkan rasa keinsafan didalam peribadi kita 
serta meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH s.w.t.




MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah 
dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi 
ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai ke-
mampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan