Khamis, 10 Mac 2011

HADIS-HADIS PILIHAN

Kewajipan menyampaikan ilmu
Daripada Abdullah bin 'Amr r.a, sesungguhnya 
Nabi bersabda"sampaikanlah daripadaku walau-
pun satu ayat dan ceritakanlah mengenai Bani 
Israil. Tiada sebarang kesempitan dan dosa.
(Riwayat Al-Bukhari)


Faedah menyampaikan ilmu
Daripada Zaid bin Tsabit r.a, Nabi s.a.w. bersabda:
"Allah menyerikan orang yang mendengar satu 
hadis daripada kami lalu ia menghafalnya sehingga 
ia menyampaikan kepada orang lain. Kemungkinan
 seseorang itu membawa suatu kefahaman kepada 
orang yang lebih memahami. Berkemungkinan 
juga ornag membawa suatu kefahaman sebenarnya 
ia tidak memahaminya."(Riwayat Abu Daud al-
Tirmizi)


Tiada pengecualian Menuntut Ilmu
Daripada Anas bin Malik r.a.Rasulullah bersabda: 
"menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim."
(riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya'la)


Ilmu Asas Kebaikan
Daripada Mu'awiyah binAbu Sufyan r.a.Nabi s.a.w. 
bersabda:"Siapa yang Allah mahukan kebaikan 
padanya, nescaya Allah memberikan kefahaman
 agama kepadanya." (Riwayat Albukhari dan Muslim)


Keutamaan Menuntut Ilmu
Daripada Sa'ad bin Abu Waqqas ...r.a. Nabi s.a.w. 
bersabda:"Kelebihan ilmu lebih aku sukai daripada 
kelebihan ibadat. Kebaikan dalam agama kamu ialah 
warak."(Riwayat Al Hakim)


Pemimpin Yang Sesat
Daripada Thauban Khadam Rasulullah r.a. Nabi s.a.w. 
bersabda:"Sesungguhnya perkara yang aku takuti ke 
atas umatku ialah para pemimpin yang sesat."(Riwayat 
Abu Daud dan al-Tirmizi)


GANJARAN MENYAMPAIKAN ILMU
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. 
bersabda:"sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli
(penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut didalam 
lubang dan juga ikan paus(meliputi seluruh haiwan di 
darat dan si laut) mendoakan kebaikan ke atas orang 
yang mengajar perkara yang baik kepada manusia."
(Riwayat al-Tirmizi)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan